Wednesday 12 December 2012

CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI

  Dalam zaman bertamadun, semua orang sangat mengutamakan kesihatan diri sendiri. Menjaga kesihatan diri boleh menjamin kecerdasan mental dan kecergasan badan, maka pelbagai cara dirancangkan menjaga kesihatan. 

  Sedia kita maklum, untuk menjaga kesihatan diri, pemakanan seimbang sangat penting. Kita dapat memperoleh pelbagai khasiat seperti zat, protein , vitamin dan lain-lain. Pemakanan seimbang bukan sahaja boleh menguatkan badan kita,malah dapat mengelakkan pelbagai penyakit. 

  Bersenam juga merupakan cara yang berkesan untuk menjaga kesihatan diri. Semasa bersenam,badan kita akan berpeluh. Bahan-bahan kumuh akan dikeluarkan melalui peluh. Setelah berpeluh, badan kita akan sihat dan segar. 

  Memang tidak dinafikan, orang yang sihat memerlukan waktu tidur yang cukup iaitu sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Apabila tidur, badan kita dapat rehat dan kita rasa tidak letih. Hasilnya badan kita lebih kuat dan sihat. 

  Lazimnya, untuk menjamin kesihatan diri, semua orang mesti mengadakan peperiksaan doktor pada masa yang tertentu. Jika didapati seseorang menghidap penyakit, pesakit mestilah dapat rawatan segera. Bak kata pepatah cegah sebelum parah. 

  Kesimpulannya, kesihatan diri sangatlah penting. Oleh itu, kita mesti mengamalkan amalan kehidupan sihat untuk menjamin kesihatan diri.

No comments:

Post a Comment