Thursday 13 December 2012

PENULISAN KEMALANGAN JALAN RAYA

              Pagi semalam, Ah Meng  dan abangnya ____________ basikal ke sekolah.  Mereka hendak__________bermain bola sepak.
             
               Mereka menunggang basikal sambil ___________ .  Tanpa disedari mereka sebuah lori datang dengan ____________dari belakang.  Basikal mereka __________oleh lori itu.Ah Meng ____________ke tepi jalan manakala abangnya terjatuh ke dalam ___________ .
            
                Ah Meng mendapat _____________di lutut dan tangan.  Abangnya pula luka di 
bahagian kepala dan ___________ .  Orang ramai datang menolong mereka.  Pemandu lori yang __________itu menghantar mereka ke hospital. 
             
                Mereka __________di hospital selama seminggu.  Mulai dari hari itu, mereka tidak___________secara berdua-duaan di jalan raya lagi.  


berbual,  berlatih,  berbasikal,  dirawat,  menunggang,  parit,  cuai,



 tidak sedarkan diri,  dilanggar,  lajunya,  luka ,  tercampak

Ulasan




BAHAGIAN C : ULASAN TAHUN 4
Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.


Laporan Hari Kantin SJK (C) Pandan
     Persatuan Kemahiran Hidup sekolah ini telah mengadakan Hari Kantin pada 18 Julai yang lalu. Setiap kelas telah diberikan sebuah gerai oleh pihak penganjur untuk menjual barangan pilihan mereka.
     Sebelum Hari Kantin dijalankan, murid-murid telah bersama-sama berbincang tentang barangan yang hendak dijual. Mereka mencari barang yang sangat disukai oleh murid-murid di sekolah itu. Mereka juga telah menghias gerai masing-masing tanpa bantuan guru mereka. Mereka mencuba memikat para pelanggan.
     Hari Kantin disambut dengan meriah. Pelanggan dilayan dengan mesra oleh peniaga sehingga mereka mahu membeli barang jualan. Peniaga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada setiap pelanggan yang telah singgah di gerai mereka.
     Sebelum bersurai, murid-murid telah menyapu sampah dan mengemas dewan sekolah.

Laporan disediakan oleh,                                  28 Julai 2012

( Paul Tan )
Setiausaha,
Persatuan Kemahiran Hidup
SJK (C) Pandan


________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________
________________________________________________________________________ Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

           
Laporan Perkhemahan Persatuan Pengakap
     Pada 2 Mei 2012 Yang lalu, Persatuan Pengakap SJK (C) Foon Yew 4
telah mengadakan perkhemahan di Gunung Angsi. Perkhemahan ini disertai oleh 35 orang ahli persatuan dan dua orang guru pengiring. Sebelum bertolak, kami telah bersama-sama menyediakan peralatan perkhemahan.
     Kami tiba di tapak perkhemahan tepat pada pukul 10.00 pagi seperti yang telah dijadualkan. Setibanya di sana, kami terus menjalankan tugas yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan kami. Antaranya, mendirikan khemah,mencari kayu api, mengambil air dan memasak.
Pada petang esoknya, sebelum pulang kami berkemas dan mengutip sampah di tapak perkhemahan. Semua ahli persatuan berpuas hati dengan perkhemahan ini.

Laporan disediakan oleh,                                  10 Mei 2012

(Nelly tan)
Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
SJK(C) Foon Yew 4
      


________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KATA PERINTAH, PEMERI DAN NAFI


Kata perintah, pemeri, nafi
1.      __________ bersungut tentang perkara itu lagi.
A Usah          B Harap          C Jangan           D Sila
2.     _________ beredar dari tempat ini dengan segera.
A Tolong         B Jangan          C Sila             D Harap
3.    ___________ hantar kertas jawapan anda sekarang.
A Harap         B Sila          C Jemput          D Minta
4.    _______ dapatkan nombor giliran pada mesin yang disediakan.
A Sila           B Usah            C Harap           D Jangan
5.    “________  rasa kuih yang saya masak sebentar tadi,” kata emak  
      kepada tetamunya.
A Usah         B Minta          C Jangan           D Jemput
6.    “ ______ lah datang ke majlis perasmian pembukaan kedai kek saya,” ajak emak kepada kawannya.
A Jangan        B Jemput          C Harap          D Minta
7.    _______ semua calon mempamerkan slip peperiksaan di sudut meja.
A Minta          B Harap          C Tolong           D Jemput
8.    Pokok kelapa  _______ pokok yang berakar serabut.
A ialah            B adalah            C tidak           D bukan
9.    Ikan paus _____ mamalia yang terbesar di laut.
A ialah          B adalah         C tidak          D tiada
10. Lukisan ini  _______ lukisan kesayangan pelukis itu
A ialah          B adalah          C tidak         D pun
11.  Buah rambutan itu ________ untuk Mak Cik Tan.
A ialah           B adalah          C tidak           D sahaja
12. Songket tenunan benang emas itu _______ dari Terengganu.
A ialah         B adalah        C kerana           D tetapi
13. Proton Saga __________ kereta buatan Malaysia yang pertama.
A ialah         B adalah          C tidak           D sekiranya
14. Lempeng _______ sejenis makanan yang diperbuat daripada pisang dan tepung.
A ialah         B adalah          C supaya          D atau
15. Tze Zao _________ sombong tetapi berat mulut sahaja.
A tidak         B bukan          C adalah          D ialah
16. _______ Peter yang memberi hadiah itu.
A Bukan         B Tidak         C Adalah          D Ialah
17. Denise ______ berhati-hati semasa melintas jalan.
A tidak        B bukan          C ialah         D adalah   
18. Alatan sukan ini _________ mahal.
A tidak         B bukan         C dalam         D untuk
19. Meragut _____ kes yang baharu di negara ini.
A tidak         B bukan         C masih         D belum
20.Kerepek yang lemau itu ________ rangup lagi.
A tidak           B bukan           C dan           D kerana

Tatabahasa


LATIHAN KATA GANDA

Pilih kata ganda yang tepat sekali.

1. Murid yang ponteng sekolah itu sedang _________  di sebuah pusat beli-belah.
   A  berterus-terang  B  merayau-rayau   C berdekat-dekat   D meraba-raba

2. ___________ digunakan untuk menyedapkan makanan.
   A Rempah-ratus   B Biji-bijian   C Bunga-bungaan   D Dedaun

3. ___________ digunakan untuk melukis gambar rajah.
   A Kuda-kuda   B Kelip-kelip   C Siku-siku   D Langit-langit

4. __________ dia ke pejabat dengan bas.
   A Sejauh-jauhnya   B Sekali-sekala   C Semata-mata   D Berabad-abad

5. ________ ini kami sekeluarga telah melawat pulau yang indah itu.
   A Baru-baru   B Rata-rata   C Benar-benar   D Kuat-kuat


LATIHAN KATA ADJEKTIF

Pilih kata adjektif yang tepat sekali.

1. Emak menggiling cili kering itu hingga _______ .
   A lumat    B lancar    C pedas     D kasar

2. Kami tidak terjawab soalan yang _______ itu.
   A sukar    B jelas    C cetek     D mahir

3. Persahabatan di antara Ali dan Mutu sungguh _________ .
   A mesra    B seronok    C riang     D permai

4. Dia tidak dapat tidur ________ kerana cuaca panas.
   A pudar     B lena      C luas       D dera


LATIHAN KATA GANTI NAMA

Pilih kata ganti nama yang tepat sekali.

1. “ ______  bersetuju dengan cadangan itu,” titah raja kepada bendahara.
   A Baginda     B Hamba      C Patik       D Beta

2. Rumah yang ______ satu rumah Roslan ?
   A bagaimana     B mana     C mengapa      D bila

3. Setahu saya _________ bekas Menteri Kesihatan Malaysia.
   A kalian      B beta       C beliau       D patik


4. Halimah dan Ramli adik-beradik. __________ tinggal di Taman Ehsan.
   A Kalian     B Mereka      C Kami        D Patik


LATIHAN KATA PENANDA WACANA

Pilih kata penanda wancana yang sesuai.


1.Yong Seng sangat lemah dalam pelajarannya. ___________ , dia mampu memperoleh 7 A dalam UPSR.
   A Walau bagaimanapun              B Oleh itu
   C Mungkin                        D Lebih-lebih lagi

2. Lau telah ditangkap pihak polis. _________ ,dia dibebaskan kerana tidak bersalah.
   A Oleh itu     B Akhirnya      C Di samping itu      D Namun begitu

3. Doktor telah mengesahkan Azrina menghidapi kanser. _________ ,dia masih bersemangat untuk meneruskan hidupnya.
    A Oleh sebab itu      B Walaupun begitu      C Mungkin     D Jadi

4. Ahmad lulus cemerlang dalam peperiksaan. __________ dia tetap merendah diri.
   A Dengan itu     B Oleh sebab itu    C Namun begitu     D Di samping itu

CONTOH KARANGAN

PASUKAN PAKAIAN SERAGAM YANG KAMU SERTAI TELAH MENGADAKAN PERKHEMAHAN. TULIS SEBUAH BERITA TENTANG PERKHEMAHAN TERSEBUT.

AKTIVITI PERKHEMAHAN HULU HANGAT , 15 Disember – Persatuan Bulan Sabit Merah ( PBSM )Sekolah Rendah Sri Petaling telah mengadakan aktiviti perkhemahan diSungai Congkak. Semua ahli, iaitu seramai 124 orang menyertaiperkhemahan yang diadakan buat JULUNG kalinya.
            Akiviti perkhemahan selama dua hari itu bertujuan memberikan peluang kepada ahli – ahli untuk melatih dan MEMPRAKTIKKAN ilmu rawatan kecemasan yang telah dipelajari.
           Lima orang guru ditugaskan untuk MEMBIMBING dan membantupara ahli. Pelbagai aktiviti seperti mempraktikkan rawatan kecemasan bagi kecederaan di hutan, memasang khemah, dan mencari harta karundiadakan.
           Semangat bekerjasama dapat dilihat terutama semasa 
Aktiviti rawatan kecemasan dijalankan. Setelah tamat aktiviti- aktiviti perkhemahan, para peserta diberikan sijil penyertaan. OBJEKTIF perkhemahan tercapai setelah kesemua ahli PBSM berjaya mempratikkanilmu dengan cemerlang.
           PBSM sekolah tersebut akan mengadakan aktiviti perkhemahan seumpama itu pada tahun hadapan. 

GLOSARI.
1) Julung = pertama kali.                                   2) membimbing =mengajar.
3) Mempratikkan = mengamalkan.                   4) objektif = matlamat



Wednesday 12 December 2012

PENCEMARAN UDARA


DEFINISI

Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negative kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.
Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan.
Menurut Wikipedia Bahasa melayu,pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera.

JENIS BAHAN PENCEMAR
Sulfur dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan ozon,allergen dan plumbum dan logam-logam lain.

JENIS PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara primer
Satu penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus akan terampai-ampai di udara dan member kesan negative kepada kesihatan manusia.Kebiasaan pencemaran ini dibebaskan melalui ekzos kenderaan,kawasan industry dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Pencemaran udara sekunder
Satu tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan terus membentuk bersama gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gas-gas lain.Contohnya gabungan sulfur dioksida,sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfuric.Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nirat (PAN).


PUNCA PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan,penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.Selain itu,pembakaran di tempat pelupusan,pembakaran terbuka di Bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.Bahan-bahan seperti sampah sarap,sisa makanan dan sebagainya juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui aktiviti-aktiviti manusia seperti pembakaran sampah.Ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan kaedah memasak cara lama iaitu penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku pencemaran tersebut.Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari sumber-sumber semulajadi seperti gunung berapi,pembakaran sisa-sisa kayu atau jerami-jerami padi secara berleluasa.Namun demikian,bahan pencemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasan pendalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak,perlombongan yang menghasilkan habuk atau amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina,letusan gunung berapi,tiupan wap air oleh ombak dan sebagainya.

KESAN PENCEMARAN UDARA

KESIHATAN MANUSIA
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.


TUMBUHAN
Selain itu,kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis iaitu keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan terbantut.kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.

HAIWAN
Manakala kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang tercemar akibat daripada pencemaran udara.

BAHAN
Kesan kepada bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.Selain itu,hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida didalam udara.

PENYUSUTAN LAPISAN OZON
Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.Pendedahan terus oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit kansere kulit.Selain itu,pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

HUJAN ASID
Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan asid.Hal ini disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid nitric.Asid tersebut akan terkumpul di dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan hidupan yang terdapat di dunia.Akibat daripada itu,ia akan membunuh tumbuhan dan juga hidupan air.Selain itu,ia boleh menghakis pakaian,kertas dan bahan binaan bangunan.Air hujan tersebut juga akan meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah.

KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL
Kesan yang paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat ialah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.Pemanasan global berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas.Kesan ini akan menyebabkan,permukaan bumi menjadi panas,ekosistem terganggu,banjir aksn berlaku secara kerap dan kejadian alam yang tidak normal akan berlaku

ATMOSFERA
Pencemaran udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera.Hal ini menyebabkan jarak penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu.Keadaan persekitaran yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku

Pencemaran udara

PENCEMARAN


   Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, habacahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal alam sekitar.
   Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.
   Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi
   Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.

CONTOH KARANGAN MURID

Sekolah kamu telah mengadakan kempen menjaga kebersihan diri. Kamu sebagai ketua murid diminta menyampaikan ucapan tentang cara-cara menjaga kebersihan diri.

***   ***   ***   ***   ***

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah  "Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri".

Hadirin sekalian,

Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan hidup kita. Kita mesti memastikan telinga sentiasa bersih kerana telinga juga boleh mengalami pelbagai penyakit jika tidak dibersihkan dengan sebaiknya. Kita perlu membersihkan telinga sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan putik kapas yang lembut.

Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari supaya badan kita bersih serta mengelakkan daripada terkena penyakit kulit dan berbau. Badan yang bersih akan menjadi kita sihat dan selesa.

Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Kebersihan gigi amat penting untuk mengelakkan daripada kerosakan gigi serta menjadikan kita lebih berkeyakinan semasa bergaul dengan orang ramai.

Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang panjang boleh menyimpan kekotoran. Kotoran yang melekat pada kuku yang panjang itu mengandungi kuman yang boleh tersebar ke dalam badan kita semasa kita makan. Ini akan menyebabkan kita terkena penyakit seperti cirit-birit dan sebagainya. 

Hadirin sekalian, 

Kita perlu menjaga kebersihan rambut dengan menggunakan syampu untuk membersihkan rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala. 

Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu, kita mestilah mengambil berat tentang kebersihan diri untuk keselesaan dan kebahagiaan hidup kita.


CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI

  Dalam zaman bertamadun, semua orang sangat mengutamakan kesihatan diri sendiri. Menjaga kesihatan diri boleh menjamin kecerdasan mental dan kecergasan badan, maka pelbagai cara dirancangkan menjaga kesihatan. 

  Sedia kita maklum, untuk menjaga kesihatan diri, pemakanan seimbang sangat penting. Kita dapat memperoleh pelbagai khasiat seperti zat, protein , vitamin dan lain-lain. Pemakanan seimbang bukan sahaja boleh menguatkan badan kita,malah dapat mengelakkan pelbagai penyakit. 

  Bersenam juga merupakan cara yang berkesan untuk menjaga kesihatan diri. Semasa bersenam,badan kita akan berpeluh. Bahan-bahan kumuh akan dikeluarkan melalui peluh. Setelah berpeluh, badan kita akan sihat dan segar. 

  Memang tidak dinafikan, orang yang sihat memerlukan waktu tidur yang cukup iaitu sekurang-kurangnya lapan jam sehari. Apabila tidur, badan kita dapat rehat dan kita rasa tidak letih. Hasilnya badan kita lebih kuat dan sihat. 

  Lazimnya, untuk menjamin kesihatan diri, semua orang mesti mengadakan peperiksaan doktor pada masa yang tertentu. Jika didapati seseorang menghidap penyakit, pesakit mestilah dapat rawatan segera. Bak kata pepatah cegah sebelum parah. 

  Kesimpulannya, kesihatan diri sangatlah penting. Oleh itu, kita mesti mengamalkan amalan kehidupan sihat untuk menjamin kesihatan diri.

PIRAMID MAKANAN


Tuesday 4 December 2012

PETIKAN PEMAHAMAN


Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh 
hari!

Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang 
tersiar dalam akhbar tu.
Eee............ngerinya!

Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang 
ular sawa dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan 
macam -macam lagi.

Samat : Apa yang peliknya, Chan. Memanglah berita sensasi macam tu disukai 
oleh orang ramai Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari 
cerita -cerita sedemikian!

Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. 
Haa. masa tu barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa 
merupakan sejenis haiwan yang dilindungi?

Samat : Tahu, baru semalam Cikgu Lina beritahu.

Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika 
mencedera atau membunuh ular.

Chan : Hukumannya berat juga. Kita boleh kena denda hingga RM3 000 
atau penjara!

Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!

Gopal : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat -cepatlah lari. 
Jangan cuba-cuba nak pukul atau bunuh!

Chan : Kenapa? Kamu takut ke?

Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut 
ular sawa, awak kena masuk penjara pula!


1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan 
di atas?
A. Bayang-bayang ular sawa menelan manusia
B. Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia
C. Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar
D. Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.

2. Perkataan 'tugas' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan 
perkataan
A. permainan
B. kerja
C. cerita
D. akhbar

3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali
A. ular sawa menelan gajah
B. ular sawa menelan kambing
C. ular sawa menelan ayam
D. ular sawa menelan manusia

4 Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap 
orang yang bersalah kerana mencedera atau membunuh ular sawa?
A.    Denda sehingga RM3 000
B.    Dikenakan hukuman penjara.
C.   Dihukum penjara dan denda RM3 000
D.   Denda RM3 000 atau dihukum penjara


5 Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh kerana
A.    hukumannya sangat berat.
B.    ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi.
C.   kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa.
D.     kita boleh dihukum penjara.

Monday 3 December 2012

Pantun 4 Kerat

Anak kecil bermain di tepian,            
Tempat si rusa berkejaran juga;
Kasih ibu bermati-matian,            
Sanggup berkorban jiwa dan raga, 

   Bunga melur bunga siantan,            
   Elok di simpan di dalam peti;
   Cinta dan sayang bukan mainan,
   Harap dibawa hingga ke mati. 











Ayu Cik Limah berkain batik,
Mata yang memandang tidaklah jemu;
Hati terkenang budi yang cantik,
Moga terbalas bila bertemu. 

   Terbang tinggi si rama-rama,
   Singgah sebentar di batang cempaka;
   Rupamu menawan bak bulan purnama,
   Menjadi penawar dikala duka.










Pohon mempelam sudah berbuah,
Pohon kelapa bila lagi;
Sudah dapat si gading bertuah,
Tanduk sudah tak berguna lagi.

    Terbang tinggi si layang-layang,
   Tersangkut di dahan tangan tak sampai;
   Hati terkenang wajah terbayang,
   Apakan daya hasrat tak sampai. 

Kain batik tempat mengalas,
Juga sebagai kain basahan;
Harta dan rupa hanya sekilas,
Amal yang baik tetap bertahan. 

   Peti emas simpannya benang,
   Buat menjahit kain lebihan;
   Jiwa merana hati tak tenang,
   Mengenang nasib jadi taruhan. 

Burung tiung hinggap di perdu,
Hinggap menunggu hujan berhenti;
Kalau rindu katakan rindu,
Tidaklah hamba ternanti-nanti.