Monday 3 December 2012

Simpulan Bahasa

1.Berpeluk tubuh=Malas
2.Bermasam muka=Tidak bertegur sapa
3.Berat sebelah=Tidak adil
4.Banyak lemak=Kelakuan yang melampau
5.Buku lima = Penumbuk
6.Berganti tikar = Berkahwin dengan saudara kepada bekas isteri ataupun suami
7.Buat helah = Memberi alasan yang diada-adakan
8.Buah mulut = Perkara yang menjadi percakapan orang ramai
9.Telinga kuali = Tahan menerima kemarahan
10.Telinga lintah = Tajam pendengaran
11.Potong haluan = Mengambil peluang orang lain
12.Samar muka =Kurang terang
13.Tangkai jering = Orang yang kedekut
14.Tulang duai = Orang yang lemah tidak sanggup mengangkat atau bekarja kuat
15.Paku belanda = Harga barang yang tetap harganya
16.Atas pagar = Tidak menyebelahi mana-mana pihak
17.Balik gagang = Pulang ke kampung asal
18.Bongkok sabut = Bongkok badan yang sedikit sahaja
19.Cakap besar = Mengeluarkan cakap yang meninggi atau membesarkan diri sendiri
20.Cangkul angin = Melakukan kerja yang sia-sia
21.Cicak kubin = Sangat kurus


No comments:

Post a Comment